PENGENALAN FUN RIDE CYCLING POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 2014
Fun Ride Cycling Politeknik Sultan Idris Shah 2014 ini dianjurkan oleh pelajar semester 5 dan 6 dari dua jabatan iaitu Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti & Jabatan Perdagangan. Program ini berlangsung pada tarikh 12 Oktober 2014 (Ahad) dan diadakan pada pukul 6.30 pagi sehingga 4.30 petang bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah ke Homestay Hj. Dorani. Program ini terbuka kepada semua termasuk:
1. Kelab Berbasikal
2. Politeknik
3. Kolej Komuniti
4. Jabatan Kerajaan (Selangor)
Program ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai aspek-aspek keselamatan terutama ketika melakukan aktiviti bersukan. Selain itu, program ini juga menggalakkan mahasiswa dan peserta-peserta menjaga kesihatan di samping melihat keindahan alam semulajadi di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Selain itu, program ini bertujuan bagi memenuhi keperluan subjek HT 517 Events Operation and Management & PK 603 Event Organization.
Program ini akan disertai oleh seramai lebih kurang 400 orang yang terdiri daripada ahli Kelab Berbasikal dari Jabatan Kerajaan, Syarikat Swasta dan Persatuan dari seluruh Negeri Selangor serta seluruh rakyat Malaysia. Aktiviti berbasikal ini akan bermula dari Politeknik Sultan Idris Shah ke Homstay Hj. Dorani dan kembali ke Politeknik yang merangkumi jarak sejauh >70 km.
Pembayaran pendaftaran peserta sebanyak RM 30 (seorang). Bayaran boleh dibuat secara bank-in atau transfer ke akaun kami. Segala bukti pembayaran boleh dihantar melalui link facebook https://www.facebook.com/profile.php?id=100004395857361 atau email (funridecycling@yahoo.com)
Pembayaran ini merangkumi:
1. T-shirt (jersi)
2. Medal
3. Goodies Bag
4. Makanan dan minuman
5. Cabutan bertuah
Basikal dan kelengkapan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta hendaklah segala aspek keselamatan diutamakan seperti memakai kelengkapan untuk berbasikal. Oleh itu, para peserta diminta berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna, PSIS.
Borang Penyertaan akan di email kan kepada peserta yang ingin menyertai program kami.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi AJK kami :-
1) Eyra : 011-26394143
2) Shekha syahirah : 010-9892599
2) Shekha syahirah : 010-9892599
No comments:
Post a Comment